Wednesday, October 15, 2008

SENI ITU INDAH







Sekapur Sirih

“Seni melambangkan aspek batiniah manusia yang subjektif, segala bentuk perkembangannya memerlukan usaha yang tidak sedikit untuk mencipta kata-kata dan bahasa yang boleh memaparkan aspek batiniah itu dengan mencipta kata-kata dan bahasa yang boleh memparkan aspek batiniah itu dengan memberikan bentuk yang konkrit lagi umum kepada emosi, perasaan dan kesedaran tentang makna” (Riwayat Imam Al-Ghazali).

Daripada kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, seni membawa maksud karya (sajak, lukisan, muzik dan seumpamanya) yang diciptakan dengan bakat (kecekapan),hasil daripada sesuatu ciptaan.Mengikut tafsiran yang dibuat oleh pelukis-pelukis barat di mana telah menjadi ikutan diseluruh dunia adalah seni halus merupakan suatu penghargaan terhadap objek-objek seni iaitu seperti catan, lukisan, cetakan, dan arca.
Namun begitu, pengertian seni adalah meluas dan besar. Ia boleh dikatakan kemahiran dan kefahaman terhadap penggunaan bahan penghasilannya. Ia juga merupakan suatu luahan yang terpendam dijiwa dan terjemahan minda. Boleh dikatakan sebagai alat komunikasi antara seniman dan masyarakat dan dapat mewujudkan satu perkongsian matlamat yang hendak dicapai.
Sebagai pengetahuan , seni halus terbahagi kepada empat pecahan kemahiran asas yang besar iaitu catan, lukisan, cetakan dan arca dimana setiap satunya ini mempunyai pecahan-pecahan teknik yang pelbagai dalam penghasilan sesebuah karya. Penerangan ringkas bagi kemahiran ini adalah seperti berikut


a) Catan
· Penggunaan media basah seperti cat minyak, cat air (akrilik) dan warna air
b) Lukisan
· Penggunaan media kering seperti pensel , arang ,warna pensel , ink dan sebagainya.
c) Cetakan
· Aktiviti mencetak dengan menggunakan cetakan blok, cetakan lino dan sebagainya.
d) Arca
· Aktiviti membuat dan membina sesuatu objek dari bahan seperti besi, batu, tanah liat dan sebagainya.
Sesungguhnya begitu , empat kemahiran asas ini bole juga dicampur adukan menjadi media campuran dalam penghasilan karya mengikut teknik-teknik yang dikehendaki oleh pengkarya seperti tampalan, gurisan, tekapan dan sebagainya mengikut daripada ekspresi dan luahan pengkarya tersebut.